AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

05/02/2026 9:56 am

PIAGAM PELANGGAN

Semua warga kerja AIMM dengan penuh iltizam akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan program latihan kepada anggota Jabatan Imigresen Malaysia ke arah membangunkan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional. 

Kami memperakukan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:

  • Piagam Pertama

    Menerima latihan yang berkesan melalui pendekatan yang komprehensif dan penyelarasan kursus yang cekap dan mesra.

  • Piagam Kedua

    Dapat menggunakan segala kemudahan latihan serta peralatan yang efisien serta suasana penginapan yang selesa dan sempurna.

  • Piagam Ketiga

    Menerima perkhidmatan yang terbaik serta layanan mesra, adil saksama dan ikhlas.