Pertandingan Sukan Ping Pong AIMM-7 Mei 2026
Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi kategori permainan indoor, iaitu Pertandingan Ping Pong, telah diadakan pada 07 Mei 2026 ( Khamis ) bermula jam 3.00 petang sehingga tamat pertandingan. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Berlian, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Sebanyak tiga (3) kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang melibatkan penyertaan warga Akademi Imigresen Malaysia.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-
-Kumpulan 1 : 4 mata
-Kumpulan 2 : 2 mata
-Kumpulan 3 : 6 mata
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA), Akademi Imigresen Malaysia.