AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 9:39 am

Pertandingan Sukan Karom AIMM-2 Mac 2026

Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi permainan indoor, iaitu Pertandingan Karom, telah diadakan pada 02 Mac 2026 (Isnin) dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Dewan Berlian, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Sebanyak tiga (3) pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, dengan barisan pemain terdiri daripada warga Akademi Imigresen Malaysia.
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Akademi Imigresen Malaysia (REKA).