AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

22/06/2026 3:28 pm

Pertandingan Sukan Batu Seremban AIMM-6 Mei 2026

Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi kategori permainan indoor, iaitu Pertandingan Batu Seremban, telah diadakan pada 06 Mei 2026 (Rabu) bermula jam 12.00 tengah hari sehingga tamat pertandingan. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Berlian, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Sebanyak tiga (3) kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang melibatkan penyertaan warga Akademi Imigresen Malaysia.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
-Kumpulan 1 : 4 mata
-Kumpulan 2 : 6 mata
-Kumpulan 3 : 2 mata
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA), Akademi Imigresen Malaysia.