Pertandingan Badminton AIMM-02 November 2026
Mini Karnival Sukan (MKS) 2026 Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Pertandingan Badminton berlangsung pada 02 November 2026 (Isnin), bermula pada pukul 3.00 petang sehingga selesai bertempat di Dewan Rafflesia, FAMA.
Perlawanan tersebut telah disertai oleh warga AIMM yang mewakili Kumpulan 1, Kumpulan 2 dan Kumpulan 3. Penganjuran acara ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal, malah turut menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga AIMM.
Berdasarkan keputusan pertandingan, kemenangan berpihak kepada Kumpulan 2 yang mencatatkan 6 mata, diikuti Kumpulan 1 dengan 4 mata, manakala Kumpulan 3 mencatatkan 2 mata. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Pertandingan ini merupakan anjuran Unit Sukan Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Akademi Imigresen Malaysia (REKA). Diharapkan penganjuran aktiviti seumpama ini dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga Akademi Imigresen Malaysia.