Perjumpaan Setia Berjasa AIMM Bil. 2/2026-14 April 2026
Majlis Perjumpaan Setia Berjasa Akademi Imigresen Malaysia Bilangan 2/2026 yang dianjurkan bersama dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Akademi Imigresen Malaysia telah berlangsung pada 14 April 2026 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Berlian, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, barisan pegawai kanan serta seluruh warga Akademi Imigresen Malaysia. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu Imigresen Malaysia.
Seterusnya, lafaz Ikrar Rukun Negara telah dipimpin oleh TPPI Norfatin Syafinaz binti Alim, manakala bacaan doa telah disempurnakan oleh PIT Noor Azizi bin Haron. Majlis ini dikendalikan dengan lancar oleh PI Muhammad Naim bin Jasni dan PI Eirfina Anak Minggu selaku juru acara.
Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Unit Perpustakaan berkaitan Peraturan Perpustakaan Akademi Imigresen Malaysia yang telah disampaikan oleh Puan Bathmawathy A/P Perumallo.
Seterusnya, majlis menyaksikan tayangan montaj persaraan KTPP Roslan bin Mat Sahad yang memaparkan memori sepanjang perkhidmatan beliau di Akademi Imigresen Malaysia, diikuti dengan ucapan persaraan oleh beliau.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia yang menyeru seluruh warga AIMM agar sentiasa mematuhi garis panduan langkah penjimatan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada KTPP Roslan bin Mat Sahad serta sesi memotong kek sempena persaraan beliau.