AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

05/02/2026 1:19 pm

Perjumpaan Setia Berjasa AIMM Bil. 1/2026-30 Januari 2026

Majlis Perjumpaan Setia Berjasa Akademi Imigresen Malaysia Bil. 1/2026 telah diadakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Berlian, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, para pegawai kanan serta seluruh Warga Akademi Imigresen Malaysia. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu Imigresen Malaysia.
Seterusnya, lafaz Ikrar Rukun Negara telah dipimpin oleh TPPI Shamnorkhaizal bin Abdul Jalil manakala bacaan doa disempurnakan oleh PIK Syarul Izuandi bin Ismail. Majlis dikendalikan oleh PI Muhammad Izuwan bin Salman dan PI Nurul Ainie Affizzea binti Norman selaku juru acara.
Majlis diteruskan dengan ucapan pegawai bertukar keluar, iaitu PPI Pravit a/l Norit yang akan bertukar ke Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah 3 tahun berkhidmat di Akademi Imigresen Malaysia.
Turut diadakan Sesi Knowledge Sharing yang disampaikan oleh:
– PPI Harun bin Hashim, Ketua Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan AIMM bertajuk Pengenalan Sistem NIISe; dan
– TPPI Mohd Fadly @ Sany bin Mohd Yusof dari Bahagian Khidmat Pengurusan yang berkongsi berkaitan Standard Operating Procedure (SOP) Pemandu dan Pengguna Kenderaan Kerajaan di AIMM.
Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia yang turut menyampaikan amanat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia serta menekankan kepentingan integriti dalam pelaksanaan tugas.
Majlis turut dimeriahkan dengan tayangan montaj hari lahir pegawai AIMM bagi bulan Januari hingga April 2026, diikuti penyampaian cenderahati hari lahir oleh YBrs. Tuan Pengarah kepada para pegawai yang meraikan hari lahir pada bulan-bulan tersebut.
Majlis diakhiri dengan Sesi Pemotongan Kek Hari Lahir yang telah ditaja oleh Kelab REKA AIMM bagi warga AIMM yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari hingga April 2026.