AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

21/09/2026 11:27 am

Pendaftaran Kadet Jabatan Laut Malaysia bagi Program Transformasi Minda (PTM)-05 Ogos 2026

Sesi pendaftaran kadet telah berlangsung pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bermula jam 10.30 pagi hingga selesai di Akademi Imigresen Malaysia. Seramai 31 orang kadet daripada Jabatan Laut Malaysia telah melapor diri bagi mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) yang akan dilaksanakan sepanjang 5 hingga 12 Ogos 2026 di AIMM.
Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada Collaborative Smart Partnership, iaitu kerjasama pintar strategik antara Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) secara bersepadu di Akademi Imigresen Malaysia.
Seterusnya, para kadet telah berkumpul di Dewan Baiduri bagi mengikuti Taklimat Peraturan-peraturan Semasa Berkursus di Akademi Imigresen Malaysia yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Amer Reeza bin Aimizul, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Akademi Imigresen Malaysia. Taklimat tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada para kadet mengenai peraturan, disiplin serta tatacara yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti program PTM di AIMM.
Semoga kerjasama pintar strategik ini terus diperkukuh dan menjadi platform yang memberi manfaat kepada kedua-dua jabatan dalam melahirkan penjawat awam yang berintegriti, berdisiplin dan berkompetensi tinggi.