AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:09 am

Pendaftaran Kadet bagi Program Transformasi Minda (PTM) serta Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026

Sesi Pendaftaran Kadet bagi Program Transformasi Minda (PTM) serta Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada 3 Ogos 2026 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga selesai di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Seramai 26 orang kadet yang terdiri daripada Kadet Pegawai Imigresen Gred KP1 dan Kadet Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5 telah melapor diri bagi mengikuti program dan kursus yang akan dijalankan sepanjang tempoh latihan di Akademi Imigresen Malaysia.
Sejurus selesai sesi pendaftaran, para kadet telah berkumpul di Dewan Baiduri bagi mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Amer Reeza bin Aimizul, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Akademi Imigresen Malaysia.
Seterusnya, para kadet telah mengikuti Taklimat Peraturan-peraturan Semasa Berkursus di Akademi Imigresen Malaysia yang disampaikan oleh TPPK Azman bin Adnan, Ketua Pegawai Regimental (R.O.), Akademi Imigresen Malaysia. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para kadet mengenai peraturan, disiplin serta tatacara yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti latihan di AIMM.
Semoga para kadet dapat menjalani latihan dengan penuh dedikasi, berdisiplin dan berintegriti, seterusnya menjadi warga Jabatan Imigresen Malaysia yang profesional, berwibawa dan berdaya saing.