Mesyuarat Penyelarasan Collaborative Smart Partnership: Pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) secara Sinergi antara Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia-28 Julai 2026
Mesyuarat Penyelarasan Collaborative Smart Partnership: Pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) secara Sinergi antara Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia telah berlangsung pada 28 Julai 2026 (Selasa), bermula pada pukul 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Akademi Imigresen Malaysia.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Harun bin Hashim, Ketua Bahagian Latihan Akademi Imigresen Malaysia, bersama pegawai-pegawai daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Akademi Imigresen Malaysia serta para pegawai daripada Jabatan Laut Malaysia.
Antara pengisian utama mesyuarat ialah sesi perbincangan dan perkongsian ilmu berkaitan pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM), yang memberi penekanan kepada amalan terbaik, pendekatan pelaksanaan serta perkongsian pengalaman dalam memperkukuh pembangunan kompetensi dan pengurusan latihan bagi kedua-dua jabatan.
Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk mempererat hubungan kerjasama antara Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia melalui pendekatan Collaborative Smart Partnership, sekaligus menyokong usaha memperkasa pembangunan modal insan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) secara lebih bersepadu dan berimpak tinggi.