AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

22/06/2026 3:29 pm

Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua TOT Kawalan AIMM-4 Mei 2026

Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua TOT Kawalan Imigresen Akademi Imigresen Malaysia telah diadakan pada 4 Mei 2026 (Isnin) jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Turut hadir sebagai ahli mesyuarat ialah PPI Harun bin Hashim, TPPK Muhamad Hanis bin Kasni selaku wakil Pusat Pengajian Kawalan AIMM, serta 12 orang Ketua TOT Kawalan.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras dan memperkukuh hala tuju Pusat Pengajian Kawalan. Urus setia mesyuarat ini ialah Pusat Pengajian Kawalan (PPK), Akademi Imigresen Malaysia.