AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

08/11/2026 9:43 am

Mesyuarat Penyelarasan Ketua-ketua Tenaga Pengajar/ToT Modul Kawalan Imigresen-04 November 2026

Pusat Pengajian Kawalan (PPK), Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Ketua-ketua Tenaga Pengajar/ToT Modul-Modul Kawalan Imigresen Bilangan 2 Tahun 2026 pada 04 November 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama AIMM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah AIMM.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membentangkan laporan penglibatan tenaga pengajar, menyelaraskan aktiviti latihan dan membincangkan isu-isu berkaitan ToT bersama pihak pengurusan AIMM.
Untuk makluman, terdapat 7 modul utama di bawah pengendalian PPK iaitu:
1. Modul Pekerja Asing
2. Modul Keselamatan dan Pasport
3. Modul Visa, Pas dan Permit
4. Modul Khidmat Ekspatriat
5. Modul Pintu Masuk Darat
6. Modul Pintu Masuk Udara
7. Modul Pintu Masuk Laut
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah AIMM, Ketua-Ketua ToT dan semua yang hadir atas komitmen dan pandangan yang bernas demi memperkasakan latihan Kawalan Imigresen.