AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 9:40 am

Mesyuarat Penyelarasan Hari Pendaftaran Program Transformasi Minda, Kursus Sijil Asas dan Tinggi Keimigresenan Siri 1 2026-12 Februari 2026

Mesyuarat Penyelarasan Hari Pendaftaran Kadet bagi Program Transformasi Minda ( PTM ) Kursus Sijil Asas dan Tinggi Keimigresenan Siri 1/2026 telah diadakan pada 12 Februari 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Intan, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia.
Sesi penerangan berkenaan pembahagian tugas dan checkpoint telah disampaikan oleh PPI Amer Reeza bin Aimizul, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Warga Akademi Imigresen Malaysia.
Sesi pendaftaran kadet bakal berlangsung pada 23 Februari 2026 (Isnin) dan dijangka menerima seramai 133 orang kadet.