AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:08 am

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026-19 Jun 2026

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 19 Jun 2026 (Jumaat) bertempat di Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Turut mengiringi beliau ialah YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Seramai 124 orang kadet telah berjaya menamatkan latihan selama 120 hari di Akademi Imigresen Malaysia, terdiri daripada 37 orang Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5 dan 87 orang Pegawai Imigresen Gred KP1.
Sepanjang tempoh latihan, para kadet telah dibentuk dengan ilmu pengetahuan, kemahiran profesional, disiplin yang tinggi serta jati diri sebagai penjawat awam yang berintegriti. Latihan yang dilaksanakan merangkumi aspek akademik, latihan fizikal, kawad, pengendalian operasi serta pembangunan sahsiah bagi melahirkan pegawai imigresen yang kompeten, berwibawa dan bersedia menggalas amanah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kadet yang telah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan menjadi bekalan dalam memberikan perkhidmatan yang profesional, berintegriti dan cemerlang demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia kepada masyarakat dan negara.