AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:09 am

Majlis Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pasukan Kawalan Kehormatan Imigresen-16 Julai 2026

Majlis Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pasukan Kawalan Kehormatan Imigresen Jabatan Imigresen Malaysia bagi Sesi 2026 hingga 2029 telah berlangsung pada 16 Julai 2026 (Khamis), jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Intan, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Majlis penyampaian sijil watikah pelantikan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohd Fauzi bin Jamaluddin dan YBrs. Puan Farah Nadia binti Daroji daripada Cawangan Istiadat dan Pakaian Seragam (CIPS), Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.
Seramai 35 orang anggota Pasukan Kawalan Kehormatan Imigresen telah menerima sijil watikah pelantikan sebagai pengiktirafan atas pelantikan mereka bagi sesi 2026 hingga 2029.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pasukan untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, disiplin dan profesionalisme, sekaligus mengharumkan nama Jabatan Imigresen Malaysia dalam setiap istiadat dan majlis rasmi yang diamanahkan.