AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:08 am

Majlis Penutup Kursus Capacity-Building Workshop-Traveller Assessment, Interview Techniques-30 Julai 2026

Majlis Penutupan Kursus Capacity-Building Workshop–Traveller Assessment, Interview Techniques: TIPSOM (Trafficking in Persons and Smuggling of Migrants) Case Identification, and Information Management Immigration Intelligence and Risk Analysis telah berlangsung pada 30 Julai 2026 (Khamis) di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Kursus ini telah diadakan selama empat (4) hari bermula 27 hingga 30 Julai 2026 di Dewan Berlian, AIMM.
Seramai 29 orang peserta telah menyertai kursus ini, terdiri daripada 16 orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan 13 orang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Lokman Effendi bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia. Turut mengiringi beliau ialah YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Mr. Pushkar Sapkota, Movement Operations Manager, International Organization for Migration (IOM) Malaysia dan Ms. Teresa Skellett, First Secretary – Home Affairs, Australian High Commission, Kuala Lumpur.
Sepanjang bengkel berlangsung, sesi latihan telah dikendalikan oleh Mr. Haddon Wright, Border Management Specialist, International Organization for Migration (IOM) yang berkongsi kepakaran berkaitan penilaian pengembara, teknik temu bual, pengenalpastian kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran (TIPSOM), serta pengurusan maklumat risikan dan analisis risiko imigresen.
Penganjuran kursus ini adalah di bawah seliaan Pusat Pengajian Undang-Undang dan Antarabangsa, Akademi Imigresen Malaysia, dengan kerjasama International Organization for Migration (IOM) dan Australian High Commission, Kuala Lumpur.