AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

05/02/2026 1:20 pm

Majlis Makan Malam Kelab REKA AIMM-23 Januari 2026

Majlis Makan Malam Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bertemakan “Colour Block” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Tanjung 2, Ancasa Resort, Port Dickson, bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, bersama warga Akademi Imigresen Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh PPI Nur Mohamad Adli bin Rosli, diikuti ucapan oleh Pengerusi Kelab REKA, TPPK Azman bin Adnan, dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi beberapa kategori anugerah yang dipertandingkan. Selain itu, hadiah juga disampaikan kepada para pemenang Mini Karnival Sukan AIMM Tahun 2025. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan 1 atas kejayaan menjuarai Mini Karnival Sukan AIMM 2025.
Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Encik Ashraf bin Ghazali dan PI Nurul Ainie Affizea binti Norman yang telah terpilih sebagai pemenang “King” dan “Queen” pada malam tersebut. Diharapkan penganjuran majlis ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan semangat silaturahim dalam kalangan seluruh Warga Akademi Imigresen Malaysia.