AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

08/11/2026 9:43 am

Majlis Bacaan Yasin Minggu Ketiga Bulan Oktober 2026-16 Oktober 2026

Majlis Bacaan Yasin Minggu Ketiga bagi Bulan Oktober 2026 Warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada 16 Oktober 2026 jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli, Ketua Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Imigresen Malaysia. Majlis ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Khidmat Pengurusan AIMM dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) AIMM.
Penganjuran majlis ini merupakan salah satu wadah bagi memperkukuh penghayatan nilai-nilai kerohanian serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga AIMM.
Semoga majlis ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga AIMM, di samping memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.