AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

21/09/2026 11:27 am

Majlis Bacaan Yasin AIMM-27 Ogos 2026

Majlis Bacaan Yasin warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada 27 Ogos 2026 (Khamis), bermula pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis bacaan Yasin ini telah dipimpin oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli, Ketua Pusat Pengajian Undang-Undang dan Antarabangsa, Akademi Imigresen Malaysia.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga AIMM serta menjadi wadah untuk memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.