AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:08 am

Lawatan Kerja ke AIMM di bawah Australia-Malaysia Peer Learning Program:Comparative Visit-10 Jun 2026

Lawatan Kerja ke Akademi Imigresen Malaysia di bawah Australia–Malaysia Peer Learning Program : Comparative Visit telah berlangsung pada 10 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Lawatan ini merupakan salah satu komponen dalam Australia–Malaysia Peer Learning Program, iaitu satu inisiatif yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik, memudah cara perkongsian pengetahuan serta amalan terbaik, di samping mempererat hubungan kerjasama sedia ada antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Australian Department of Home Affairs.
Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai Akademi Imigresen Malaysia yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nur Fadhilah binti Idris, Timbalan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Taklimat tersebut memberikan gambaran menyeluruh mengenai peranan, fungsi serta pelaksanaan program latihan yang dijalankan di AIMM.
Selepas sesi taklimat, program diteruskan dengan sesi perkongsian pandangan dan pertukaran maklumat antara kedua-dua pihak yang memberi fokus kepada aspek pembangunan latihan, pengurusan sumber manusia serta pengukuhan kompetensi pegawai imigresen.
Sebagai pengisian lawatan, delegasi turut dibawa ke Pusat Forensik Imigresen seterusnya ke Astaka Padang Kawad bagi menyaksikan Perbarisan Lintas Hormat yang dipersembahkan oleh Kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026.