AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

08/11/2026 11:09 am

Pertandingan Sepak Takraw AIMM-09 Oktober 2026

Perlawanan Sepak Takraw sempena Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) 2026 telah berlangsung pada 9 Oktober 2026 bermula pukul 8.30 pagi sehingga tamat perlawanan, bertempat di Gelanggang Sukan, Akademi Imigresen Malaysia.

Perlawanan ini melibatkan penyertaan tiga (3) kumpulan yang terdiri daripada warga AIMM. Sepanjang perlawanan berlangsung, setiap pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta daya saing yang tinggi dalam usaha memberikan persembahan terbaik.

Keputusan keseluruhan pertandingan seperti berikut:

Kump 1 : 6 mata (2 menang)

Kump 2 : 2 mata (2 kalah)

Kump 3 : 4 mata ( 1 menang, 1 kalah)

Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, AIMM dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA), AIMM. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan warga AIMM.