Program Gotong-Royong Persediaan Majlis Penutup Kursus Kadet Siri 2 Tahun 2026-28 September 2026
PORT DICKSON, 28 SEPTEMBER 2026 – Program Gotong-Royong Persediaan Tempat sempena Majlis Penutupan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada jam 9.30 pagi, bertempat di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Program ini melibatkan penyertaan seluruh warga AIMM yang bersama-sama melaksanakan kerja-kerja pembersihan, penyusunan dan persiapan dewan bagi memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja bertujuan memastikan persekitaran dan ruang majlis berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur, malah turut memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab serta kebersamaan dalam kalangan warga AIMM.