Majlis Bacaan Yasin Dwibulanan (Minggu Ketiga) AIMM-18 September 2026
PORT DICKSON, 18 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT) – Majlis Bacaan Yasin Dwibulanan (Minggu Ketiga) Warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli, Ketua Pusat Pengajian Undang-Undang dan Antarabangsa, Akademi Imigresen Malaysia. Majlis ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Khidmat Pengurusan AIMM dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) AIMM.
Penganjuran majlis ini merupakan salah satu wadah bagi memperkukuh penghayatan nilai-nilai kerohanian serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga AIMM.
Semoga majlis ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga AIMM, di samping memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.