AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

21/09/2026 12:38 pm

Majlis Bacaan Yasin Dwibulanan AIMM-04 September 2026

Majlis Bacaan Yasin Dwibulanan warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada 04 September 2026 (Jumaat), bermula pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis bacaan Yasin ini telah dipimpin oleh PIK Rosli bin Sarman daripada Pusat Forensik Imigresen, Akademi Imigresen Malaysia. Majlis bacaan Yasin ini adalah anjuran bersama Bahagian Khidmat Pengurusan AIMM dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) AIMM.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga AIMM serta menjadi wadah untuk memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dan kerohanian dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.