AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 4:11 am

Pertandingan Sukan Bola Tampar AIMM-24 Julai 2026

Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) 2026 bagi acara Bola Tampar Campuran telah berlangsung pada 24 Julai 2026 (Jumaat) bermula pada pukul 8.30 pagi hingga tamat pertandingan di Gelanggang Akademi Imigresen Malaysia.
Pertandingan ini telah disertai oleh tiga (3) kumpulan yang terdiri daripada warga Akademi Imigresen Malaysia. Semua pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta daya saing yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Keputusan keseluruhan pertandingan adalah seperti berikut:
• Kumpulan 1 : 2 mata
• Kumpulan 2 : 6 mata
• Kumpulan 3 : 4 mata
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA), Akademi Imigresen Malaysia.