AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 4:12 am

Pertandingan Sukan Bola Jaring AIMM-23 Julai 2026

Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) 2026 bagi acara Bola Jaring 3 ON 3 telah berlangsung pada 23 Julai 2026 (Khamis) bermula pada pukul 8.30 pagi hingga tamat perlawanan di Gelanggang Akademi Imigresen Malaysia.
Perlawanan ini telah disertai oleh tiga (3) kumpulan yang terdiri daripada warga Akademi Imigresen Malaysia. Semua pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta daya saing yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.
Keputusan keseluruhan pertandingan adalah seperti berikut:
• Kumpulan 1 : 4 mata (1 menang, 1 kalah)
• Kumpulan 2 : 4 mata (1 menang, 1 kalah)
• Kumpulan 3 : 4 mata (1 menang, 1 kalah)
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA), Akademi Imigresen Malaysia.