AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 4:11 am

Mesyuarat Penutupan Pelaksanaan Audit Dalaman Jabatan Imigresen Malaysia-09 Julai 2026

Mesyuarat Penutup Pelaksanaan Audit Dalaman Jabatan Imigresen Malaysia bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 dan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016 telah diadakan pada 9 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Audit dalaman yang berlangsung dari 7 hingga 9 Julai 2026 ini telah dikendalikan oleh barisan juruaudit daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi menilai tahap pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan yang diamalkan di AIMM.
Mesyuarat penutup telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Puan Nur Fadhilah binti Idris, Timbalan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, bersama-sama ketua-ketua pusat, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua seksyen serta ketua-ketua unit AIMM.
Skop pengauditan merangkumi semakan terhadap pematuhan prosedur kualiti bagi proses operasi dan sokongan, arahan tetap, pekeliling yang sedang berkuat kuasa, pencapaian objektif kualiti, tahap kesedaran warga kerja terhadap pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS), di samping menilai keberkesanan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan hasil daripada penemuan audit terdahulu.
Dalam sesi penutup tersebut, pihak juruaudit turut membentangkan hasil penemuan audit serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan sistem pengurusan di AIMM. Hasil audit ini akan dijadikan panduan dalam memastikan setiap proses kerja terus diperkemas dan memenuhi keperluan piawaian yang telah ditetapkan.