AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 4:12 am

Sesi Lawatan dan Perkongsian Ilmu Pelaksanaan e-Penilaian INTAN antara AIMM dan PDRM-07 Julai 2026

Sesi Lawatan dan Perkongsian Ilmu Pelaksanaan e-Penilaian INTAN antara Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlangsung pada 7 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Persona, Pusat Forensik Imigresen, Akademi Imigresen Malaysia. Delegasi yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Latihan, Pasukan Bukit Aman.
Sesi perkongsian ilmu ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Harun bin Hashim, Ketua Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Imigresen Malaysia. Turut hadir ialah pegawai-pegawai daripada Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan serta Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Akademi Imigresen Malaysia.
Antara pengisian utama sesi ini ialah pembentangan mengenai pelaksanaan E-Penilaian INTAN oleh pihak AIMM, diikuti pembentangan oleh Unit Peperiksaan Pasukan, Bahagian Latihan, Bukit Aman (PDRM). Sesi diteruskan dengan perbincangan dan soal jawab yang memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan amalan terbaik dalam pelaksanaan sistem e-penilaian.
Penganjuran sesi ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara AIMM dan PDRM, di samping menjadi platform perkongsian ilmu serta pengalaman dalam memperkasa pengurusan sistem penilaian yang lebih sistematik, cekap dan berkesan ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti.