AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 4:12 am

Program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Siri 1 Tahun 2026-06 Julai 2026

Program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Siri 1 Tahun 2026 bagi warga Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah dijalankan pada 06 Julai 2026 (Isnin), bertempat di Padang Kawad, Akademi Imigresen Malaysia.
Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan diteruskan sehingga selesai semua ujian dijalankan. Antara ujian yang dilaksanakan ialah Ujian Bleep (larian ulang alik jarak 20 meter), ujian sit-up dan ujian push up.
Program UKJK ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia, yang bertujuan menilai tahap kecergasan jasmani pegawai serta memastikan warga AIMM sentiasa berada pada tahap kesihatan fizikal yang baik.