Program Gotong-Royong Persediaan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siri 1 Tahun 2026-18 Jun 2026
Program gotong-royong bagi persediaan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 18 Jun 2026 di sekitar Akademi Imigresen Malaysia.
Program ini melibatkan para pegawai AIMM dan para kadet yang berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan, penyusunan serta persiapan tempat bagi memastikan majlis berlangsung dalam suasana yang kemas, teratur dan kondusif.