Raptai Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Siri 1 Tahun 2026-16 Jun 2026
Majlis Raptai Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 16 Jun 2026, bertempat di Padang Kawad, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Rosbi binti Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Imigresen Malaysia.
Dalam ucapan beliau, YBrs. Dr. Rosbi telah memberikan kata-kata semangat serta menasihati para kadet agar memberikan persembahan yang terbaik semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan pada 19 Jun 2026 nanti. Beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan disiplin, semangat berpasukan dan keyakinan diri agar majlis dapat berlangsung dengan lancar serta meninggalkan impak yang membanggakan.
Semoga segala persiapan yang telah dilaksanakan membolehkan Majlis Perbarisan Tamat Latihan berlangsung dengan jayanya serta menjadi kenangan bermakna buat semua kadet.