AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 4:12 am

Majlis Ekspektasi dan Penyerahan Surat Penempatan-11 Jun 2026

Majlis Ekspektasi dan Penyerahan Surat Penempatan Kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 11 Jun 2026 bertempat di Akademi Imigresen Malaysia.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Rosbi binti Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Imigresen Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat dan perkongsian aspirasi oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia kepada para kadet. Dalam amanat tersebut, beliau menekankan kepentingan integriti, disiplin, profesionalisme serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam serta pegawai imigresen yang berwibawa pada masa hadapan.
Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan surat penempatan kepada para kadet mengikut lokasi penempatan masing-masing. Seterusnya, para kadet telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Pengarah Bahagian Integriti, Jabatan Imigresen Malaysia.