AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

22/06/2026 5:11 pm

Perbincangan Modul Keimigresenan Bagi Kursus RTS Link-11 Mei 2026

Sesi perbincangan tajuk modul berkaitan keimigresenan bagi Kursus RTS Link yang merangkumi aspek pintu masuk laut, darat dan udara, pemeriksaan dokumen keselamatan serta pengecaman wajah telah berlangsung pada 11 Mei 2026 (Isnin), jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, bersama Ketua-Ketua Pusat, pegawai kanan Bahagian Latihan AIMM serta wakil AKPS dari Putrajaya.