AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

17/04/2026 12:12 pm

Pertandingan Sukan Congkak AIMM-3 April 2026

Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi permainan indoor, iaitu Pertandingan Congkak, telah diadakan pada 03 April 2026 (Jumaat) bermula pukul 10.30 pagi hingga pertandingan selesai. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Intan, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Sebanyak tiga (3) pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, dengan barisan pemain yang terdiri daripada warga Akademi Imigresen Malaysia.
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan , Akademi Imigresen Malaysia (REKA).