AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 11:21 am

Program Semarak Jalinan Kasih Ramadan AIMM 2026-5 Mac 2026

Program Semarak Jalinan Kasih Ramadan 1447H/2026M anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA) AIMM telah berlangsung pada 05 Mac 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga selesai, bertempat di Akademi Imigresen Malaysia.
Program ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Akademi Imigresen Malaysia serta komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong menyediakan bahan-bahan masakan, memasak bubur lambuk, menyediakan ketupat dan rendang serta membakar lemang.
Majlis pengagihan bubur lambuk kepada warga Akademi Imigresen Malaysia telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nur Fadhilah binti Idris, Timbalan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, bersama PPI Harun bin Hashim, Ketua Pusat Kualiti, Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Imigresen Malaysia.
Bubur lambuk yang disediakan bukan sahaja diagihkan kepada warga Akademi Imigresen Malaysia, malah turut disumbangkan kepada komuniti setempat serta agensi-agensi sekitar Akademi Imigresen Malaysia sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan yang mulia ini.