AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 11:21 am

Pendaftaran Kadet Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026

Seramai 121 pegawai lantikan baharu telah melapor diri di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) dan Kursus Sijil Asas dan Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 pada 23 Februari 2026 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Daripada jumlah tersebut, 38 orang merupakan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5 manakala 83 orang merupakan Pegawai Imigresen Gred KP1.
Sepanjang latihan, para kadet akan dipersiapkan dari segi ketahanan mental dan fizikal, dengan penekanan terhadap disiplin, akademik serta pembinaan jati diri. Latihan ini menjadi asas penting dalam melahirkan pegawai yang berintegriti, berwibawa dan komited dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada negara.