AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 11:09 am

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadan Tahun 2026-13 Februari 2026

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut bulan Ramadan 1447H/2026M telah diadakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Surau Az-Ziarah, Akademi Imigresen Malaysia.
Majlis telah bermula pada pukul 8.30 pagi dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh PPI Nur Muhammad Adli bin Rosli.
Sejurus selesai bacaan tersebut, beliau turut menyampaikan tazkirah berkaitan kepentingan serta persediaan dalam menyambut bulan Ramadan kepada warga Akademi Imigresen Malaysia yang hadir pada majlis berkenaan.