Laman Web Rasmi UPPS

  • Sejarah
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    SEJARAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

    Ditubuhkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Dato'Sri Alias Haji Ahmad atas cadangan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISm) dengan matlamat menjaga kebajikan pegawai / anggota berhubungkait pakaian seragam serta meningkatkan imej pakaian seragam JIM. UPPS telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Mac 2013 dan diletakkan dibawah Pengarah Bahagian Pentadbiran, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.

    Pada awal penubuhan dianggotai oleh lima (5) orang pegawai imigresen yang dipinjam perjawatan bahagian-bahagian lain di Ibu Pejabat;

  • TPPIK Mohamad Zaidi Che Morad

  • TPPI Asparinah Binti Mohd Zain@Sulakoi

  • PIK Mohd Nazmi Bin Sharif

  • PIK Aswadi Bin Hasan

  • PI(II) Mohd Zahid Bin Zakaria

  • (atau tekan kekunci ESC)

  • Visi & Misi
  • Visi dan Misi

    VISI

    Pengurusan pakaian seragam membangun imej imigresen

    MISI

    Menjaga dan meningkatkan imej Jabatan Imigresen Malaysia melalui pengurusan pakaian seragam

    (atau tekan kekunci ESC)

  • Carta Organisasi
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    CARTA ORGANISASI UPPS

    (atau tekan kekunci ESC)

  • Kata-Kata Aluan
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA

    SimpleModal is a lightweight jQuery Plugin which provides a powerful interface for modal dialog development. Think of it as a modal dialog framework.

    SimpleModal gives you the flexibility to build whatever you can envision, while shielding you from related cross-browser issues inherent with UI development..

    As you can see by this example, SimpleModal can be easily configured to behave like an OSX dialog. With a handful options, 2 custom callbacks and some styling, you have a visually appealing dialog that is ready to use!

    (atau tekan kekunci ESC)

  • Sejarah Penubuhan DTS
  • Pegawai DTS
  • Kesalahan Besar
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    KESALAHAN BESAR

    Adalah kerana berkelakuan seperti dinyatakan di bawah:

    • Mengubah atau meminda bentuk pakaian seragam selain dari spesifikasi yang ditetapkan

    • Tidak memakai pakaian seragam seperti ditetapkan

    • Tidak memakai tanda pangkat mengikut kelayakan

    • Tidak memakai kasut yang ditetapkan

    • Tidak menghormati pegawai yang lebih tinggi pangkatnya

    • Tidak mematuhi tatakelakuan dan tatatertib berpakaian seragam termasuk dari segi kelakuan dan dandanan

    • Maklumat Lanjut>>>

      (atau tekan kekunci ESC)

    • Lain-lain kelakuan yang ditafsirkan kemudian sebagai kesalahan besar oleh Jabatan

    • Memakai aksesori tidak sah

    • Berkelakuan yang menghina Pakaian Seragam Imigresen Malaysia

  • Kesalahan Kecil
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    KESALAHAN KECIL

    Adalah kerana tidak memakai aksesori dibekalkan seperti di bawah:

    • Tanda nama (name tag)

    • Tanda nombor perkhidmatan

    • Tanda kolar

    • Riben khidmat

    • Lencana ‘Kualiti dan Integriti

    • Lencana kemahiran mengikut kelayakan

    • Lencana Negeri / Bahagian

    • Butang yang lengkap seperti ditetapkan

    • Tali pinggang seperti ditetapkan

    • Rantai wisel seperti ditetapkan

    • Tali leher bagi lelaki dan collar tab bagi wanita seperti ditetapkan (kawalan masuk udara)

    • Lanyard seperti ditetapkan

    • Tidak memakai penutup kepala seperti ditetapkan

    • Tidak memakai aksesori-aksesori lain yang ditetapkan

    • Pemasangan aksesori pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan ditetapkan

    • Lain-lain kesalahan yang boleh diistilahkan sebagai kesalahan kecil yang ditentukan kemudian oleh Jabatan



    Maklumat Lanjut>>>

    (atau tekan kekunci ESC)

  • Kesalahan Serius
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    KESALAHAN SERIUS

    Adalah kerana berkelakuan atau melakukan tindakan dengan sengaja setelah diberi teguran dan nasihat oleh pegawai bertanggungjawab:

    • Masih enggan memakai pakaian seragam atau aksesorinya atau kedua-duanya sebagaimana yang ditetapkan

    • Masih enggan menanggalkan aksesori tidak sah yang dipakai

    • Masih enggan mematuhi tatakelakuan dan tatatertib berpakaian seragam termasuk dari segi kelakuan dan dandanan

    • Masih tidak menghormati pegawai yang lebih tinggi pangkatnya

    • Dengan sengaja mengingkari arahan pegawai yang lebih tinggi pangkatnya

    • Dengan sengaja menghina atau menjatuhkan maruah seseorang pegawai imigresen yang lain di khalayak awam yang ketika itu berpakaian seragam atau perbuatan seumpamanya

    • Dengan sengaja berkelakuan yang mengingkari arahan pegawai yang lebih tinggi pangkatnya

    • Dengan sengaja berkelakuan yang menghina Pakaian Seragam Imigresen Malaysia

    • Bergaduh atau bertumbuk sesama sendiri di hadapan khalayak awam

    • Lain-lain kelakuan yang ditafsirkan kemudian sebagai kesalahan serius oleh Jabatan

    Maklumat Lanjut>>>

    (atau tekan kekunci ESC)

  • Larangan-larangan
  • UNIT PENGURUSAN PAKAIAN SERAGAM

    LARANGAN-LARANGAN

    Pemakaian aksesori hiasan dari barang kemas dan sebagainya

    • Pegawai dan anggota wanita adalah dilarang memakai sebarang jenis perhiasan wanita (selain dari yang dibenarkan) sama ada diperbuat dari emas, perak, gangsa, plastik atau seumpamanya semasa berpakaian seragam.

    • Semua pegawai dan anggota lelaki adalah dilarang sama sekali memakai subang, gelang atau rantai dari apa-apa jenis semasa berpakaian seragam. Pengecualian memakai gelang (kara) untuk penganut beragama Sikh.

    • Semua pegawai dan anggota wanita adalah dilarang memakai subang, gelang atau rantai (selain dari yang dibenarkan) dari apa-apa jenis semasa berpakaian seragam.

    • Pemakaian kerongsang (brooch) perhiasan pada tudung atau pakaian seragam pegawai dan anggota wanita adalah dilarang.

    • Pemakaian sebarang jenis lencana atau logo perhiasan selain daripada aksesori pakaian seragam Jabatan Imigresen Malaysia yang ditetapkan adalah dilarang.

    • Semua pegawai dan anggota sama ada lelaki atau wanita adalah dilarang memakai sebarang aksesori perhiasan semasa aktiviti berkawad.

    • Pemakaian cincin bagi pegawai dan anggota lelaki dan wanita semasa berpakaian seragam dibenarkan dengan tidak melebihi dua bentuk serta tidak terlalu menonjol.



    Maklumat Lanjut>>>

    (atau tekan kekunci ESC)

  • full screen slider
responsive slider by WOWSlider.com v6.5
 

Flash Banner Examples by cu3ox.com v1.8

 

 
SELAMAT DATANG KE

Laman Web Rasmi UPPS






WAKTU OPERASI UPPS DI BULAN RAMADHAN

8.00 a.m.-5.00 p.m.
(Isnin-Jumaat)
1.00 p.m.-2.00 p.m.
(Rehat)




Sebarang Urusan

Semasa Waktu Rehat

Tidak akan Dilayan

 
 
 
 

Back to Top