Lanjutan

Perutusan Pengarah

Feature image

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali syukur ke hadhrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan keberkatannya maka portal JIM JOHOR telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Komunikasi Dan Khidmat Korporat (BKK) dan seluruh bahagian JIM JOHOR kerana telah berjaya membangunkan portal yang berkonsepkan lebih informatif dan interaktif. Adalah diharapkan semoga portal ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga JIM JOHOR khasnya dan masyarakat amnya, InsyaAllah.

      Di dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Laman Web berkonsepkan portal merupakan aplikasi yang amat berkesan untuk dilaksanakan di agensi kerajaan kerana ianya amat fleksibel, cepat, tepat dan meyakinkan. Selain fungsi dan objektif setiap bahagian, portal ini juga menyediakan maklumat yang berguna seperti aktiviti, direktori, borang, semakan, sistem email, aduan secara online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.

    Pengunjung yang melayari laman web rasmi jabatan ini boleh mengakses maklumat perkhidmatan yang ditawarkan, memuat turun borang serta mengutarakan pandangan dan cadangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh JIM JOHOR kepada masyarakat untuk tujuan penambahbaikan. JIM JOHOR sentiasa komited dalam menjayakan gagasan YAB. Perdana Menteri iaitu "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan memperkenalkan beberapa perkhidmatan yang menjurus kepada gagasan tersebut antaranya perkhidmatan ‘1Jam 1Pasport' dan perkhidmatan ‘1Kaunter'. Selain itu, perkhidmatan atas talian turut disediakan kepada warganegara mahupun pelawat asing seperti Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI).

Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi JIM JOHOR.

Sekian, terima kasih.

YH DATO' ROHAIZI BIN BAHARI
PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Di Bangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian