Penguatkuasa

Feature image
Pengenalan

Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Manusia 2007 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Aktiviti-aktiviti bahagian penguatkuasa yang menyokong fungsi ini merangkumi pengurusan aduan, risikan, operasi, tangkapan, pendakwaan, dan kompaun.Aktiviti pengusiran dilaksanakan oleh Depot Tahanan Pekan Nenas, Johor dan semua aktiviti tersebut dilaksanakan oleh lebih kurang 122 orang kakitangan penguatkuasa di Pejabat Imigresen Negeri Johor, Setia Tropika.


Proses Penguatkuasa

Pemantauan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri Johor dilaksanakan melalui mesyuarat ketua-ketua bahagian penguatkuasa seluruh Malaysia manakala di peringkat negeri adalah melalui mesyuarat pengurusan pejabat.

Unit/Fungsi

FUNGSI
a. Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

b. Melaksanakan Operasi dan Tangkapan, Menjalankan Siasatan, melaksanakan Pendakwaan, Mengutip Kompaun dan Pengusiran/Penghantaran Pulang Tahanan.


Aduan/Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau maklumat yang melibatkan Pendatang Tanpa Izin (PATI), Pemerdagangan Orang, Penyeludupan Migran atau lain-lain boleh menghubungi

Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Negeri Johor (24 Jam)
Telefon : 07-2338555
Faks : 07-2344275

ATIPSOM
Blok B, Tingkat 2
Wisma Persekutuan
Jalan Air Molek
80000 Johor Bahru
Telefon : 07-2233402


1. Borang Bayaran
2. Borang Maklumat Syarikat Outsourcing
3. Borang Perakuan Permohonan Visa Dengan Rujukan
4. Borang Personal Bond
5. Senarai Semak Permohonan Pekerja Asing VDR (Warganegara Bangladesh)
6. Senarai Semak Permohonan VDR Kelulusan Syarikat Outsourcing
7. Laporan Pekerja Melarikan Diri Dari Majikan
8. Permohonan Untuk Pengambilan Tukang Masak Warganegara Thailand
9. Permohonan Visa Dengan Rujukan Pekerja Asing Baru
10. Borang Permohonan Pas Lawatan - IM12
11. Borang Permohonan Visa - IM38

Pembantu Rumah Asing

1. Borang Perakuan Pembantu Rumah Asing Beragama Islam
2. Borang Perakuan Permohonan Tanpa Agensi Berdaftar
3. Borang Perjanjian Pekerjaan
4. Borang Permohonan Baru Pembantu Rumah Asing
5. Borang Permohonan Gantian Pembantu Rumah Asing
6. Borang Personal Bond
7. Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri Dari Majikan
8. Perakuan Pengambilan Pembantu Rumah Asing Beragama Isalam
9. Senarai Semak Permohonan Pembantu Rumah Asing

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Di Bangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian