Sekapur Sireh Daripada Pengerusi Puspanita Jabatan Imigresen Malaysia

 

Sekapur Sireh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera


Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah diberi peluang untuk menerajui PUSPANITA Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan di laman Web PUSPANITA JIM. Saya sangat berbangga dengan hasil usaha gigih yang jelas membuktikan betapa komitednya puan-puan untuk menjayakan aktiviti PUSPANITA bukan sahaja diperingkat Jabatan malah diperingkat Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Disamping kesibukan melaksanakan tugas harian yang berdepan dengan orang awam serta tanggungjawab kepada keluarga, puan-puan sememangnya layak untuk diberi sanjungan serta pujian di atas sumbangan yang telah diberikan. Tahniah kepada puan-puan kerana ahli-ahli PUSPANITA JIM begitu aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, menarik dan telah Berjaya meningkatkan keahliannya seramai 720 ahli.

PUSPANITA JIM bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dengan objektif yang di antaranya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara anggota wanita dan isteri- isteri pegawai, menggalakkan perkembangan pengetahuan serta kemahiran dan kemajuan diri, mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan di Agensi- agensi lain dan menjalankan kerja-kerja amal.

Sehingga ke hari ini, objektif-objektif ini ternyata masih relevan dan dengan sumbangan-sumbangan melalui pelbagai tabung, ceramah, seminar, bengkel, lawatan dan sebagainya, Saya berharap dan berdoa agar PUSPANITA khususnya PUSPANITA JIM akan terus aktif dalam merealisasikan segala objektif PUSPANITA.

Saya mewakili seluruh warga PUSPANITA JIM mengalu-alukan kesudian ahli-ahli dan pengunjung-pengunjung mengunjungi laman sesawang ini. Semoga laman ini mampu menyediakan sebahagian daripada informasi-informasi terkini dan bermanfaat agar dapat dikongsi bersama.

Akhir kata selagi syabas kepada semua ahli PUSPANITA JIM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung segala aktiviti dan program yang djalankan seperti yang telah dirancang dan semoga kita lebih aktif lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Ikhlas,

 

 puspasari sain