Pilihan Bahasa:

Jenis Visa

Jenis-jenis Visa

Tiga (3) jenis Visa dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada warganegara asing.

1) Visa Sekali Masuk

Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan sosial atau perniagaan. Biasanya berlaku untuk sekali masuk bagi tempoh tidak melebihi tiga(3) bulan dari tarikh dikeluarkan.

2) Visa Beberapa Kali Masuk

  1. Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan perniagaan atau urusan-urusan Kerajaan. Biasanya berlaku untuk tiga(3) hingga dua belas (12) bulan dari tarikh dikeluarkan.
  2. Warganegara India dan China yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan Lawatan Sosial layak untuk memohon Visa Beberapa Kali Masuk.
  3. Tempoh sahlaku Visa Beberapa Kali Masuk adalah satu (1) tahun. Setiap kemasukan adalah untuk 30 hari sahaja dan lanjutan tempoh tinggal tidak dibenarkan.
  4. Syarat-syarat bagi Visa Beberapa Kali Masuk adalah:
    1. Pemohon perlu menunjukkan bukti kewangan yang mencukupi semasa tinggal di Malaysia
    2. Mempunyai tiket balik yang telah disahkan.
    3. Lawatan secara berkumpulan tidak layak memohon Visa Beberapa Kali Masuk.
    4. Bayaran bagi Visa Beberapa Kali Masuk ialah RM50.00 bagi Warganegara India dan RM30.00 bagi Warganegara China.

3) Visa Transit

Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk singgah sementara di Malaysia sebelum meneruskan penerbangan ke negara lain. Warganegara asing yang singgah sementara tanpa meninggalkan kawasan lapangan terbang untuk ke destinasi berikutnya dengan pesawat yang sama tidak memerlukan Visa Transit.
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 15 August 2018.

Jumlah pelawat hari ini: 5410
Jumlah pelawat keseluruhan: 13375207