Pilihan Bahasa:

Cara Memohon Visa

Cara Mohon Visa

Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Pelancong daripada negara-negara komanwel berada di negara bukan Komanwel boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kemukakan permohonan di Suruhanjaya Tinggi British/United Kingdom. Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja).

1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia) adalah:
  1. Pasport asal
  2. Dua (2) salinan fotostat pasport
  3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  5. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
  6. Penyata bank / traveller's cheques
  7. Surat jemputan (jika ada)
  8. Bayaran visa
Nota : Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial

2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:
  1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
  2. Pasport asal
  3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  5. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
  6. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
  7. Bayaran visa
Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi pas pelajar, pas bekerja, pas tanggungan dan pas lawatan profesional
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 82
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224920