Pilihan Bahasa:

Kesalahan sering dilakukan

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Pelawat Asing
1.
   Masuk Secara Haram
     Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63
     
a. Seseorang pelawat asing yang berada dalam Malaysia boleh ditafsirkan masuk secara haram sekiranya :
i. Gagal menunjukkan pasport / dokumen perjalanan/permit masuk yang sah apabila diminta.
ii. Pasport / dokumen perjalanan tidak ada cop kemasukan / pas yang sah
b. Kesalahan kerana masuk secara haram membawa hukuman :
c. Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.
d. ATAU kompaun sehingga RM3,000.00
e. Oleh itu semua pelawat asing diingatkan :-
i. Menjaga dengan baik dan selamat pasport / dokumen perjalanan mereka dan membawa bersama mereka selama berada di dalam negara ini.
ii. Memastikan mereka mengemukakan pasport / dokumen perjalanan mereka kepada Pegawai Imigresen di pintu masuk dan mereka memperolehi pas lawatan yang bersesuaian.
iii. Segera melaporkan kepada Jabatan Imigresen sekiranya mereka kehilangan pasport / dokumen perjalanan mereka.
2.  
   Tinggal Lebih Masa
     Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63
 Tinggal / masih berada dalam negara ini selepas tempoh pas lawatan tamat / dibatalkan.
  Kesalahan kerana tinggal lebih masa ini membawa hukuman :-
 Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, ATAU Kompaun sehingga RM3,000.00 Oleh itu semua pelawat asing diingatkan supaya keluar sebelum pas lawatan mereka tamat.
3.    Membuat, Memalsu atau Meminda Suatu Endorsement Atau Dokumen
      Mana-mana orang yang membuat, memalsukan atau meminda suatu pengendorsan atau suatu dokumen untuk digunakan sebagai suatu visa,    Permit, Pas atau Kelayakan dibawah Akta ini (Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) adalah melanggar seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63.

 Hukuman
 1. Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
 a. Denda tidak kurang daripada RM30,000 dan  penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak melebihi 10 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat   tidak lebih daripada 6 sebatan.
 b. Mana-mana orang yang membuat apa-apa dokumen palsu:
i. Berhasrat untuk menggunakannya sendiri atau oleh mana-mana orang;
ii. Yang digunakan olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain sebagai suatu pasport bagi maksud Akta ini (Akta Pasport 1966 Akta 150) adalah melanggar seksyen 12B Akta Pasport 1966 (Akta 150).

 Hukuman
 2. Seksyen 12B Akta Pasport 1966 (Akta 150)
Denda tidak kurang daripada RM15,000 tetapi tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan rotan. 
4.  
  Imigran-Imigran Larangan
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 76
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224914