Pilihan Bahasa:

Perjalanan Dalam Negeri (Domestik)

Perjalanan Dalam Negeri

Berlepas dari Negeri Sabah dan Sarawak
Seseorang yang ingin keluar dari Sabah dan Sarawak untuk perjalan dalam negeri perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mengemukakan salah satu dokumen berikut
a) Pasport Antarabangsa Malaysia(PMA)
b) Dokumen Perjalanan Terhad(DPT)
c) Pasport Malaysia Terhad(Brunei)
d) Perakuan Cemas Malaysia
e) Dokumen Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Kad Pengenalan(MYKAD),Kad Pengenalan Sementara(JPN KP09/kp11/kp22) yang sah,sijil Lahir atau MYKID.
f) Dokumen pengenalan IMM93
g) Kad BAT.C 10(ATM)
h) Kad Kuasa(PDRM)

ii. Mempunyai Pas
a) Pas adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah mendapat kebenaran atau permit untuk berada atau tinggal di Malaysia
b) Dokumen Gantian Pasport IMM14
c) Seksyen 66(1)(d) dan 66(2) Akta Imigresen 1959/63
d) Tempoh pas mestilah sah berlaku.

iii. Mempunyai Pas Masuk Kapal
a) Setiap pelawat diperlukan juga untuk mengemukakan pas masuk 'Boarding Pass' sebagai bukti penumpang tulen

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 76
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224914