Pilihan Bahasa:

Surat Akuan Pengenalan

1. Tujuan
Surat Akuan Pengenalan adalah satu dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Malaysia yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan (stateless).

2. Tempoh Sahlaku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.

3. Syarat-Syarat Am
a. Borang I - Im.45
b. Gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm (2 keping)
c. Bayaran RM500.00 untuk lima (5) tahun

4. Pemohon
Pemohon Jika Syarat-syarat
Berusia 18 tahun ke atas
-
a. Kad Pengenalan
b. Permit Masuk
Berusia bawah 18 tahun dan telah berkahwin
-
a. Kad Pengenalan
b. Permit masuk
c. Sijil Perkahwinan

Berusia bawah 18 tahun Mempunyai Ibu atau Bapa a. Kad Pengenalan (12 tahun dan ke atas)
b. Permit masuk
c. Sijil Kelahiran
d. Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Permit Masuk atau Pasport
Berusia bawah 18 tahun Ibu/Bapa meninggal dunia a. Kad Pengenalan (12 tahun ke atas)
b. Permit Masuk
c. Sijil Kelahiran
d. Sijil Kematian Ibu/Bapa
e. Surat Akuan Sumpah Penjaga
Berusia bawah 18 tahun Ibu dan bapa telah bercerai (ibu/bapa tidak dapat dihubungi) a. Kad Pengenalan (12 tahun ke atas)
b. Permit masuk
c. Sijil Kelahiran
d. Kad Pengenalan Penjaga
e. Perintah mahkamah untuk hak penjagaan anak
Berusia bawah 18 tahun Anak angkat a. Kad Pengenalan (12 tahun ke atas)
b. Permit masuk
c. Sijil Kelahiran
d. Kad Pengenalan Penjaga yang sah
e. Sijil Anak Angkat
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 73
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224911