Pilihan Bahasa:

Hebahan Warga Imigresen

Tema Jabatan Imigresen Malaysia Mulai 18 Ogos 2017

 
Adalah dimaklumkan bahawa bermula 18 Ogos 2017, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menggunakan tema baru iaitu "Kedaulatan Dan Keselamatan Tanpa Kompromi" bagi menggantikan tema "Transformasi Melestarikan Kecemerlangan" yang telah digunakan setahun yang lalu. Tema baru ini akan diterjemahkan dalam rangka kerja berterusan JIM bagi memastikan keluhuran dan kedaulatan undang-undang sentiasa menjadi amalan rakyat Malaysia dan pematuhannya oleh semua pihak termasuk warga asing.
Sehubungan itu, YBhg. Dato'/Tuan/Puan dipohon mengambil tindakan serta merta untuk memastikan tema baru yang telah ditetapkan ini digunapakai dalam apa jua urusan rasmi dan aktiviti Jabatan. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 20 October 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 4209
Jumlah pelawat keseluruhan: 9097934