Pilihan Bahasa:

Sijil Perakuan

Terdapat dua jenis sijil seperti berikut:

Sijil Perakuan Taraf

Merupakan suatu sijil yang dikeluarkan mengikut PEratura 3, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kepada seseorang warganegara asing yang mempunyai tuntutan sebagai warganegara Malaysia.

  1. Golongan Yang Layak Memohon
    Golongan yang layak untuk memohon perakuan taraf adalah mereka yang mempunyai tuntutan sebagai warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang di bawah perkara 14 Perlembagaan Malaysia seperti berikut:
    1. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia di mana semasa kelahirannya, bapanya adalah seorang warganegara Malaysia;
    2. Warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dalam tempoh yang agak lama yang ingin kembali semula ke Malaysia di mana pasport Malaysianya telah tamat tempoh sah laku; dan
    3. Warganegara Malaysia yang telah menjadi warganegara asing yang ingin kembali ke Malaysia sebagai warganegara Malaysia.
  2. Cara Memohon
    1. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui borang IM 1-Pin.2/93 di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri berhampiran dengan tempat tinggal pemohon/penaja.
    2. Bagi permohonan di luar Malaysia hendaklah dikemukakan melalui Perwakilan Malaysia di seberang laut dan pihak Perwakilan akan memanjangkan permohonan berkenaan ke Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal penaja untuk diproses. Permohonan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat untuk keputusan.
    3. Permohonan hendaklah ditaja oleh seorang penaja tempatan bertaraf warganegara Malaysia.
  3. Tujuan
    Sijil Perakuan Taraf adalah suatu dokumen yang dikeluarkan kepada seseorang warganegara asing yang mempunyai tuntutan sebagai Warganegara Malaysia.
  4. Syarat Permohonan
    1. Permohonan hendaklah ditaja oleh seorang penaja tempatan bertaraf warganegara Malaysia dan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri berhampiran dengan tempat tinggal pemohon/penaja.
    2. Bagi permohonan di luar Malaysia hendaklah dikemukakan melalui Perwakilan Malaysia yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.
  5. Dokumen-dokumen yang diperlukan
    1. 1 keping borang permohonan Perakuan Taraf (Borang IMM.1Pin 2/93 3)
    2. Pengesahan Taraf Warganegara daripada JPN atau Borang W daripada perwakilan Malaysia di luar negara
    3. Sijil kelahiran pemohon
    4. 3 keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
    5. 1 keping gambar penaja berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
    6. Sijil perkahwinan ibu/bapa (Asal dan Salinan)
    7. Pasport ibu/ bapa (Asal dan Salinan)
    8. Gambar pemohon bersama-sama keluarga
    9. Sijil warganegara (jika ada)
    10. Kad Pengenalan ibu/bapa
    11. Sijil perkahwinan ibu/bapa(Asal dan salinan)
    12. Daftar kelahiran ibu/bapa
    13. Pasport ibu/bapa(Asal dan salinan)
    14. Gambar pemohon bersama keluarga
  6. Bayaran - RM 10.00

Sijil Perakuan Cemas

Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dalam keadaan tertentu, biasanya kes kehilangan Pasport di luar negara, dan pemohon perlu balik ke Malaysia, penghantaran pulang warganegara Malaysia dengan perbelanjaan Kerajaan atas sesuatu sebab dan Pasport Malaysia tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang diperlukan dan pemohon perlu melakukan perjalanan ke luar negara atas sebab-sebab kecemasan yang lain.

Tempoh Sahlaku
Sah untuk sekali perjalanan dan untuk ke negara-negara tertentu sahaja bagi tempoh tidak melebihi sembilan (9) bulan

Dokumen yang diperlukan
  • Borang (IM.42-Pin 97)
  • Dokumen bukti Warganegara Malaysia
  • Gambar terbaru berukuran 3.5 sm x 5.0 sm - dua (2) keping berlatar belakangkan warna biru muda.
Syarat Am

Permohonan Jika Syarat-Syarat
Berusia 18 tahun ke atas -
  • Kad pengenalan
  • Kad pengenalan polis atau tentera
Berusia bawah 18 tahun yang berkahwin -
  • Kad pengenalan
  • Sijil perkahwinan atau sijil penceraian
  -
  • Kad pengenalan ( Jika ada )
  • Sijil kelahiran
  • Kad pengenalan dan kehadiran ibu/bapa
 

Ibu dan bapa bercerai

  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu atau bapa
  • MyKad ibu atau bapa yang diberi hak penjagaan.
  Kedua ibu dan bapa meninggal dunia
  • Kad pengenalan ( Jika ada )
  • Sijil kelahiran
  • Surat Akuan sumpah penjagaan anak/surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Kad Pengenalan penjaga yang sah
  Ibu dan bapa tidak dapat dikesan
  • Kad Pengenalan (jika ada)
  • Sijil kelahiran
  • Surat Akuan sumpah penjagaan anak/surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  Anak angkat
  • Kad pengenalan ( jika ada )
  • Kad pengenalan penjaga yang sah
  • Sijil anak angkat

Bayaran
RM 50.00
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 26 July 2017.

Jumlah pelawat hari ini: 76
Jumlah pelawat keseluruhan: 8224914