Perutusan Dato' Ketua Pengarah Imigresen

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, medium komunikasi yang paling cepat dan pantas adalah diperlukan untuk mengakses maklumat. Hal ini mendorong Jabatan Imigresen Malaysia mewujudkan portal rasmi jabatan bagi memberi informasi terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada masyarakat.

Pengunjung yang melayari laman web rasmi jabatan ini boleh mengakses maklumat perkhidmatan yang ditawarkan, memuat turun borang serta mengutarakan pandangan dan cadangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada masyarakat untuk tujuan penambahbaikan.

Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa komited dalam menjayakan gagasan YAB. Perdana Menteri iaitu "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan memperkenalkan beberapa perkhidmatan yang menjurus kepada gagasan tersebut antaranya perkhidmatan ‘1Jam 1Pasport' dan perkhidmatan ‘1Kaunter'. Selain itu, perkhidmatan atas talian turut disediakan kepada warganegara mahupun pelawat asing seperti Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI).

Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Sekian, terima kasih.

( DATO' ALIAS BIN HAJI AHMAD )
Ketua Pengarah Imigresen
MALAYSIA