- Perincian
- Telah Dikemaskini pada Isnin, 17 Jun 2013 00:35
Penutupan Pejabat Pasport Imigresen UTC Kuantan
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pasport Imigresen UTC Kuantan akan ditutup pada 16 Jun 2013 (Ahad) bermula 5.00 petang dan 17 Jun 2013 (Isnin) kerana proses menaik taraf sistem. Pejabat tersebut akan dibuka semula pada 18 Jun 2013 (Selasa).
Mulai 18 Jun 2013 pemohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) perlu mengemukakan gambar berlatar belakang putih dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) seperti pautan berikut:
Spesifikasi Gambar Baru
- Perincian
- Telah Dikemaskini pada Khamis, 13 Jun 2013 09:12
Penutupan Pejabat Pasport Imigresen
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pasport Imigresen Negeri Perlis, Kangar dan Pejabat Imigresen Raub akan ditutup pada 14 Jun 2013 (Jumaat) bermula 5.00 petang, 15 Jun 2013 (Sabtu) dan 16 Jun 2013 (Ahad) kerana proses menaik taraf sistem. Pejabat tersebut akan dibuka semula pada 17 Jun 2013 (Isnin).
Mulai 17 Jun 2013 pemohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) perlu mengemukakan gambar berlatar belakang putih dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) seperti pautan berikut:
Spesifikasi Gambar Baru
- Perincian
- Telah Dikemaskini pada Jumaat, 31 Mei 2013 03:23
Notis Pemberitahuan Pusat Bahasa (IPS) Perlu Memasukkan Permohonan Data Pelajar Antarabangsa Melalui Sistem Myonline Student Jabatan Imigresen Malaysia
Semua Permohonan Pas Pelajar dari Pusat Bahasa (IPS) perlu memasukkan data pelajar antarabangsa melalui Sistem MyOnline Student Jabatan Imigresen Malaysia mulai 1 Jun 2013. Segala kesulitan mohon rujuk ke Bahagian Pas Pelajar (HQ).
Sekian Terima Kasih.
- Perincian
- Telah Dikemaskini pada Rabu, 12 Jun 2013 09:06
2.1 1KDN
2.2 Keselamatan
2.3 Kesejahteraan
2.4 Ketenteraman
3. Penyertaan tersebut hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy selewat-lewatnya pada 21 Jun 2013 (Jumaat) melalui alamat :
Kementerian Dalam Negeri
Aras 6, Blok D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 PUTRAJAYA
(u.p : Setiausaha Bahagian)
4. Untuk makluman, pemenang pertandingan akan menerima sijil penyertaan berserta wang tunai :
- Perincian
- Telah Dikemaskini pada Jumaat, 31 Mei 2013 02:41
Notis Pemberitahuan Unit MM2H (HQ) Akan Beroperasi ke MM2H Centre Presint 5
Jabatan Imigresen Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Unit MM2H (HQ) Presint 2 tidak lagi memproses permohonan MM2H bermula 1 Jun 2013 dan segala urusan akan diuruskan oleh unit MM2H Centre Presint 5 di alamat berikut :
MALAYSIA MY SECOND HOME (MM2H) CENTRE
MINISTRY OF TOURISM MALAYSIA,
LEVEL 10, NO. 2, MENARA 1, JALAN P5/6,
PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA
TEL : 03-88917000
Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Artikel Lagi...
- 1.Penutupan Pejabat Pasport Imigresen sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
- Arkib Hebahan Mei - Ogos 2013
- 1.Pejabat Imigresen Yang Telah Mengaplikasikan Pasport Berdasarkan Mukasurat Polycarbonate serta spesifikasi gambar yang diperlukan
- Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mei 2013 Jabatan Imigresen Malaysia